Friday, April 8, 2011

kaumku..

Wahai kaumku, duhai wanita, kamu cukup berharga. Tahukah kalian betapa
cintanya Allah kepada kmu…sehinggakan pada saat kaum musyrikin membenci
sebenci-bencinya anak-anak perempuan mereka, Allah mengangkat martabat
kaum wanita dengan mentakdirkan bahawa SYAHID YANG PERTAMA dalam Islam
adalah dari kalangan WANITA…iaitu Sumayyah…

Duhai kaumku wanita,
tahukah kalian betapa sayangnya Ar Rasul kepada kmu…sehinggakan Ar
Rasul SAW pernah brsabda dalam sebuah hadith riwayat At Tabrani,
bagaimana Rasulullah saw mengatakan bahawa seorang muslimah itu boleh
menjadi lebih baik dari bidadari syurga dengan solat, puasa dan ibadah
mereka… tidakkah kamu merasai ketinggian darjat yang dianugerahkan Allah
kepada kmu dan diisytiharkan pula kepada kita oleh Ar Rasul SAW
qudwatuna …

Oleh itu saudariku, usah biarkan diri kmu
diperdagangkan kerana keindahan kmu bukan untuk tatapan sebarangan
mata. Bukan kerana siapa-siapa kmu melabuhkan pakaian kita kecuali
semata-mata kerana Allah SWT…kerana ia tanda cinta dan syukur kmu kepadaNya…

Duhai wanita, ayuhlah kita bangun dari lena kita yang
panjang…ketahuilah bahawa rintihan-rintihan dan doa-doa kmu sentiasa
lebih didengari..ketahuilah bahawa rahim-rahim kitalah yang akan
melahirkan khalifatullah dan para syuhada’ , generasi demi generasi…
Bercita-citalah wahai saudariku…bercita-citalah, agar dari rahim inilah
akan lahir kader-kader Allah yang berjuang bermati-matian di jalanNya.
Bercita-citalah agar dari rahim inilah akan lahir pejuang-pejuang
agamaNya yang seperti singa di siang hari dan seperti rahib di malam
hari… dan berusahalah…kerana fitrah hukum dunia, sesuatu yang biasa
tidak bisa melahirkan sesuatu yang luar biasa…

Sahabatku,
ketahuilah, aku sentiasa di sini untukmu

Ketahuilah, aku menulis
kerana aku sayang padamu.

Aiyuhal akhawat, ayuh sertai saff para
penjunjung kebenaran… Ayuhlah, jangan sampai ketinggalan…

No comments:

Post a Comment